Isnin, 14 Mei 2012

Subhanallah.....

Dia ? iye ! dia bakal imam ku :’)
MACAM MIMPI , MIMPI YANG
MUNGKIN JADI KENYATAAN .
SUBHANALLAH

“ Mak ana berniat nak tengok
nak lihat muka enti “ Aku
menghela nafas panjang , mesej
yang baru aku dapat masih
terngiang ngiang di fikiran ku..
Aku menggenggam telefon bimbit
ku sambil membaca mesej itu
berkali kali .. bukan tidak percaya
namun aku dan dia langsung
tidak mengenali satu sama lain .
Sedang kan sabtu ini aku bakal di
taaruf oleh seorang lelaki yang
sudah pun aku kenal, ustaz
kepada adik adik ku dimadrasah
mereka ..
“ bagitahu yang ada orang nak
tengok kau minggu ini, kalau ada
jodoh ada lah“
lancar umi berbicara , dalam hati
ku agak terasa, andai aku yang
ditempat nya .. perlahan aku
memicit butang telefon ku dan
memberitahu dia apa yang umi
bagitahu ku .
sent mesej ! Aku menghembus
nafas sedih dan duka .. aku tahu
dia kecewa, tapi aku yakin pasti
akan ada seorang wanita yang
lebih baik dari ku untuk seorang
lelaki sebaik dia .. Dia seorang
yang baik, aku terkejut dengan
sikap gentleman dia. Dia bukan
mengajak ku untuk bercinta
malah berhajat untuk berjumpa
dua org tua ku .. “untung lah
wanita yang memiliki dia “ kata ku
dalam hati ..
“ insyAllah takpe .. ana doa kan
yang terbaik untuk enti “ aku
seperti tidak percaya , kuat nya
dia .. langsung tidak membenci
ku , malah mendoakan supaya
aku dpt yg terbaik .. Sebelum ini
aku pernah ditaaruf oleh kawan
nya sendiri , namun jodoh tidak
memihak kepada ku . Aku
redho , dan untuk kali kedua aku
bakal ditaaruf oleh ustaz yang
aku kenal ni .. dalam hati ku, aku
berdoa sebanyak yang mungkin,
semoga Allah tetap kan yang
terbaik buat ku..
Hari berlalu seperti biasa , dan
tiba lah hari yang dinanti nantikan
oleh ku . Aku sekali lagi bakal di
taaruf .. rasa takut dan gembira
bercampur baur , namun dihati
kecil ku terasa amat sedih kerana
terpaksa melukakan hati
seseorang
Aku yakin kalau dia seorang lelaki
yang baik , dia pasti menerima
aku apa adanya . aku yakin ..
kerana status nya sebagai seorang
ustaz membuat aku yakin dengan
pandangan nya terhadap ku ..
Ternyata aku salah, aku ditolak .
Terhenti segala apa yang aku
impikan sebelum ini . terhenti
segala impian aku .. Aku
memunasabah diri ku, apa
sebenar nya yang kurang
terhadap diri ini . Terlalu banyak
kekurangan rupa nya. Aku perlu
belajar lebih dan lebih lagi.
setelah aku membelek diri yang
hina ini aku tersenyum . mungkin
terlalu banyak permintaan dalam
doa ku . Lalu segera aku
berdoa .. dan mengurang kan
segala apa yang aku minta
sebelum ini kepada NYA ..
“Ya Allah, seandai nya hadir
seorang adam yang memang
berniat untuk menikahi ku ..
maka aku akan terima andai nya
dia juga menerima segala
kekurangan ku .. maka dia lah
bakal imam ku . insyAllah .
Aamiin “ dengan penuh rasa
tawaduk aku bertahajud dimalam
hari . aku tahu ujian ini bakal
membuat diri ku makin hampir
dengan NYA ..
ALLAH TIDAK AKAN MENGAMBIL
SESEORANG DARI KITA TANPA
MENGANTIKAN NYA DENGAN
YANG LEBIH BAIK . MASYAALLAH
~
“ Ana ditolak “mesej di hantar ..
aku menghela nafas , aku tahu ..
aku bagai kan perigi mencari
timba . Perasaan malu bercampur
hiba masih difikiran ku. Biarlah
Allah yang menentukan segala
nya,aku serah kan 100% ..
“ Ya ukhti,apapun keputusan
lebih manis jika disertai dengan
isthikarah “ mesej yang baru
diterima membuat aku semakin
kuat .. Aku tahu dia lelaki yang
baik.. apalah sangat dibanding
kan diri ini dengan dia . Jauh beza
nya ..
“Boleh ana dengan keluarga dtg
minggu depan,insyAllah boleh
kan ? “ haaaa ? Aku membaca
berkali kali mesej ini. Mcm tdk
percaya..Apa benar mesej yang
diterima ini ? Tidak kecewakah diri
nya terhadap aku yang pernah
menolak nya demi lelaki lain ?
Malu nya aku.. aku menangis
seorang diri dikamar ku . Aku
salah memilih, aku tolak lelaki
yang salah sebelum ini .. Aku
kesal
Malam itu aku lakukan isthikarah
buat pertama kali nya dalam
hidup ku, dulu itu silap ku juga..
krn aku terlalu yakin sehingga
kan mesyuarat dengan Tuhan
yang Maha Esa juga aku lupa.
Dengan sepenuh hati, aku
beristhikarah .. Terasa saat itu ,
aku serah kan segala nya pada
NYA . terasa hati pilu dan hiba ,
dia kah imam ku itu ? dia kah
bakal abi kepada anak anak ku
nanti ? mata ku basah dengan
airmata . tidak dapat dinafikan ,
dia seorang yang kuat .. dan aku
kagum dengan nya .. aku
langsung tidak pernah kenal
dengan nya, begitu juga dia..
“ enta dah buat solat isthikarah ?
sejak bila ? “ kami hanya akan
bermesej bila perlu. Kadang
kadang 1 minggu sekali ..
“ sejak duluu lagi, ana rasa
seperti ada jodoh . wallahualam “
aku tersenyum membaca mesej
nya , setiap apa yang aku
bagitahu nya . pasti di iringi
dengan perkataan yang baik baik
sahaja ..
“ ana tak sempurna , ana takut
nanti ana kecewa kan enta ... Ana
tak pandai, ana tak baik , ana tak
cantik .. bla bla bla bla “
“ tiada lah yang sempurna
melainkan Allah (‘’,) “ sekali lagi
hati aku tersenyum, masyAllah ..
apa benar dia akan menerima
aku apa ada nya ?
Hari yang bakal ditaaruf oleh ku
semakin dekat , perasaan sama
berulang lagi . ini masuk kali
ketiga, apa lagi ujian yang bakal
di rancang oleh Allah . sebaik
baik perancangan adalah dari
Allah..
“Allah, apalagi yang bakal aku
lalui selepas ini. Kau redho kan
lah hati ku atas apa yang bakal
terjadi selepas ini. Aamiin “
sebanyak mungkin aku berdoa,
agar hati aku yang semakin pulih
ini tidak lagi kembali hancur.
Allah lah pemegang hati hati
manusia ..
“ Saiz jari manis enti berapa ? “
Dia belum lagi melihat ku, sudah
bertanya mengenai saiz jari
manis ? Aku tak nak berharap
dan aku tak nak memberi dia
harapan . Jika kita taknak kecewa
berpanjangan maka jangan kau
taruh harapan yang tinggi .. kata
kata itu sering mengingat kan ku
atas apa yang pernah terjadi
dalam hidup ini ..
Aku berlari kearah umi . macam
mana nak ukur jari ini ? dah la
tak pernah ukur.. segera umi
mencapai tali tape dan mengukur
jari ku. Aku pun hanya melihat,
lain betul cara nak ukur jari ni “
saiz 6 “ ujar umi lancar .. pelik !
keciik sangat tuh .
Aku pun dengan yakin terus
mesej dia “ saiz jari manis ana 6
“ .. em, apa dia nak buat dengan
saiz jari manis aku ni ? ..
Hari ini adalah hari ketiga kali nya
aku di taaruuf . Perasaan yang
sama bertandang dihati ini. Aku
tetap kuat untuk menghadapi
perasaan yang sama tiap kali di
taaruf , bermacam macam
perasaan berada di hati ku . hiba
dan pilu bila teringat kembali aku
ditaaruf oleh dua lelaki . Ini kali
ketiga dan jika dia juga menolak
ku , maka aku putus kan untuk
tidak menerima lamaran mana
mana lelaki selepas ini. Tekad !
bisik ku dalam hati .
Langkah kaki ku perlahan menuju
ke arah seorang wanita yang agak
berumur, pasti itu ibu nya . aku
duduk bersimpuh dihadapan nya,
ternyata benar itu ibu nya. Wanita
itu melemparkan senyuman
kepada ku , aku juga begitu. Aku
takut dan terasa amat rendah diri
dihadapan mereka semua. .
“ panggil dia masuk, nak tgk tak ?
“ berdebar dihati hanya Tuhan
yang tahu. peluh sudah
membasahi dahi ku, tak tahu
kenapa rasa ini lain dr yang lain.
Aku tak kenal dia, begitu juga
dia .. perlahan dia memasuki
ruang tamu dan duduk
bersimpuh di sebelah ibunya. Aku
hanya melemparkan senyuman ,
dia langsung tidak melihat ke
arah ku. Aku pelik .
Dengan sekali imbas dia melihat
ku dan menunduk kan
pandangan nya . MasyAllah, itu
yang terucap di mulut ku. Aku
kagum , dia tidak seperti lelaki
yang sebelum ini melihat ku.
Mereka pasti mengambil
kesempatan untuk melihat ku
berulang kali. Tapi dia tidak .. Aku
melihat dia mencuit ibunya,aku
rasa aku yang melihat dia dan dia
langsung tdk menoleh kearah ku.
Mengangkat kan muka juga
tidak..
Sampai saat ini , aku masih dapat
rasakan perasaan pelik yang
menimpa aku ketika ditaaruf dia,
lain ! Dia lain sangat . Dari aku
yang langsung tidak mengenali
nya terus hinggap satu perasaan
yang aku dapat rasakan dia lelaki
yang baik. . Alhamdulillah :’)
kepadamu yang akan menjadi
pendampingku kelak..
Terima kasih kerana telah
memilihku di antara ribuan
bidadari di luar sana yang siap
untuk kau pilih.. Padahal kau
begitu tahu, aku hanya wanita
biasa, yang sangat jauh dari
sempurna.
Kerananya ku ingin kau tahu, aku
bukan wanita yang sempurna,
aku begitu banyak kekurangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan